AYAM HITAM

AYAM HITAM
Artist Name
AYAM HITAM
Born Date
23/02/2016
Birth Place
KUALALUMPUR
Genres
Punk Rock/Rock Alternatif/Post Punk
Follow

AYAM HITAM  Biography

Ayam Hitam adalah sebuah kugiran yang ditubuhkan pada Februari 2016 di Kuala Lumpur. Lebih tiga tahun bermain dilapangan muzik alternatif dengan lagu-lagu yang membawa mesej sosial, keamanan, anti perang dan DIY (Do it Yourself).

Tanpa berbekalkan pengalaman di atas pentas dan teknik muzik yang kukuh, Ayam Hitam berjuang meneruskan karya seni untuk menyampaikan mesej-mesej melalui lirik-lirik dan rentak muzik punk rock yang bersemangat, dalam masa yang sama belajar dengan mereka yang lebih arif tentang muzik dan instrument.

Ditubuhkan oleh tiga orang anak muda iaitu Ocha (Vox/guitar), Mat Ghandi (Guitar) dan Epul Kojack (Drum). Gandingan kugiran trio ini hanya bertahan beberapa bulan dimana akhirnya konsep muzik tanpa bunyian gitar bass ini mendapat kekangan dalam kebanyakkan usaha pembikinan dan susunan lagu-lagu baru, yang mana akhirnya Ayam Hitam mendapatkan khidmat bassist rasmi iaitu Chex Kaaos (sekarang menubuhkan Band Zycrust), Kemudian pernanan bass diambil alih oleh Redo apabila Chex keluar untuk menubuhkan kugiran lain. Redo juga telah mengambil inisiatif pulang ke Johor untuk menguruskan hal peribadinya dan peranan bassist hari ini digalas oleh Oli (Ex-ABC Youth).

Dalam masa yang sama juga, Drummer asal iaitu Epul Kojack terpaksa berpindah ke Pulau Pinang selepas beberapa bulan Ayam Hitam ditubuhkan, dan Ayam Hitam memakai khidmat drummer kenalan lama iaitu Manan yang bermain sehingga kini, juga menambah dua orang ahli baru sebagai vokalis kedua pada tahun 2017, Aisy dan 2018 gitar utama diberi peranan kepada Ewe.

Kini, Ayam Hitam melangkah satu lagi anak tangga dalam pembikinan muzik mereka jika dibandingkan dengan sebelumnya.

Ahli Ayam Hitam terkini berperanan dan bertanggungjawab dalam pembikinan lagu-lagu baru ketika ini;

  1. Ocha – Vocalist
  2. Aisy – 2nd Vocalist
  3. Ewe – 1st Guitar
  4. Mat Ghandi – (Ryhtm Guitar)
  5. Bass – Oli
  6. Manan – Drummer

392total visits,2visits today

More Artist From: 

READY O

READY O

Indiependent Band
FACULTY OF JOY

FACULTY OF JOY

Indiependent Band
KOYOKIE

KOYOKIE

Indiependent Band
ALPHABETICAL THEORY

ALPHABETICAL THEORY

Indiependent Band
UNDOREDO

UNDOREDO

Indiependent Band