support@yourdomain.com

SADA BORNEO ANTARA KUMPULAN YANG BAKAL NAIK KE PENTAS KK JAZZ FEST 2017

SADA BORNEO ANTARA KUMPULAN YANG BAKAL NAIK KE PENTAS KK JAZZ FEST 2017

KK JAZZ FESTIVAL antara tarikan pelancong luar untuk hadir ke Kota kinabalu, Sabah. Khususnya kepada yang meminati muzik JAZZ. Dimana, genra muzik semacam ini memang menjadi pencetus perbualan dalam urisan perniagaan mahupun chill out di meja bulat.

Tanggal 21 & 22 Julai ini, KK JAZZ FEST akan berlangsung untuk kali ke sebelah. Siapa sangka, usaha berterusan dari pihak penganjur iaitu ROTARY CLUB OF KK dan SOCEITY OF PERFOMANCE ARTS KOTA KINABALU, SABAH (SPArKS) telah menjadi kan bandaraya Kota Kinabalu sebagai bandar atau lokasi pertemuan peminat muzik jazz seluruh dunia. Music lover ini akan hang out selama dua hari di Sutera Harbour Tennis Court. menyaksikan persembahan artis artis yang tampil dengan persembahan yang pastinya memukau para pengunjung.

Antara artis yang bakal membuatkan gelanggang tennis di resort tersebut akan FULL adalah kumpulan yang membawa nama Malaysia di pentas ASIA GOT TALENT, tak lain dan tak bukan kumpulan SADA BORNEO 

Mereka yang kini mempunyai seramai 64,000 pengunjung di facebook dan 15,000 pengikut di instagram akan berada di Kota Kinabalu sempena KK JAZZ FEST 2017 kali ini. Pastinya, peminat yang mengikuti perkembangan anak anak muda tempatan ini, akan teruja untuk bertemu dan menyaksikan persembahan SADA BORNEO secara LIVE pada hai tersebut.

Selain SADA BORNEO, pihak penganjur juga telah menjemput kumpulan yang membawa nama Malaysia di pentas  YAMAHA ASIAN BEAT 2016 yang berlangsung di Jepun iaitu kumpulan DOMINATION 5th OF BORNEO

Pastinya festival muzik jazz pada tahun ini akan menjanjikan 1000 kenangan, khususnya warga Kota Kinabalu, Sabah. Bila mana di sajikan dengan persembahan artis dan pemuzik yang cukup berbakat. Dan bisa membuatkan para penonton akan menyaksikan persembahan tersebut hingga tamat. Kepada yang nak dapatkan tiket, anda boleh menghubungi pihak penganjur dengan kadar segera.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan acara yang penuh gemilang ini. Persiapan dari pihak penganjur sedang berjalan dengan lancar. Jangan lepas kan peluang yang hanya berlaku sekali dalam setahun di Kota Kinabalu ini. Apa pun, diucapkan tahniah kepada kepada pihak penganjur atas usaha yang cukup kuat dalam membangunkan seni muzik ini. Platform yang di sediakan kepada anak anak seni tempatan, khususnya dalam genra Jazz harus di beri pujian. Sebelum itu, jom kita saksikan video promo untuk KK JAZZ FEST 2017 di bawah

 

571total visits,3visits today

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Written by