support@yourdomain.com

PERCUBAAN KALI PERTAMA "1 MIC CHALLENGE" MENDAPAT RESPON POSITIF

PERCUBAAN KALI PERTAMA “1 MIC CHALLENGE” MENDAPAT RESPON POSITIF

 

Cabaran 1 mic atau 1 Mic Challange ini sebenarnya adalah satu percubaan sebuah studio rakaman yang terletak di daerah Tuaran. Bila mana idea asalnya datang daripada pemilik studio tersebut iaitu brader MHAI. Studio yang di maksudkan adalah Bawah Kolong Studio (BKS) Sebuah studio rakaman yang berkonsepkan HOME STUDIO ( ini sudah lama beroperasi dan telah ramai penyanyi tempatan serta band boy merakamkan lagu disini.

Konsep 1 Mic Challange ini sebenarnya di laksanakan berdasarkan keprihatinan mereka terhadap semangat kental anak anak seni ini memiliki lagu ciptaan sendiri. mereka nak sangat rakam lagu, akan tetapi seperti yang kita sedia maklum, kos untuk proses rakaman tidak semurah yang di sangka kan. Boleh mencecah 4 angka untuk 1 buah lagu. ianya satu diluar kemampuan  sesetengah penyanyi.

Oleh yang demikian, Bawah Kolong Studio (BKS) telah tampil membantu meringankan beban mereka. Dengan cara          “1 shot live recording” . Dengan sekali rekod, sesebuah lagu dapat di rakam secara terus ke dalam sistem tanpa ada sebarang editing. Proses ini mengambil masa 3-4 jam sahaja. Bergantung kepada penyanyi serta ahli kumpulan itu juga. Dimana persiapakan mereka haruslah di tahap 110%. Dari segi kualiti suara, mood serta latihan yang mencukupi. Terutamanya pemuzik secara berkumpulan.

Menurut brader MHAI (gambar), konsep atau cara ini sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak jinak memiliki lagu rakaman sendiri. Dimana, lagu yang terhasil adalah berstatus “DEMO”.  Cuma, kelemahan konsep ini adalah ianya sukar di putarkan di corong corong stesen radio frekuensi. Tetapi, kelebihannya pula adalah DEMO ini boleh di jual sewaktu adanya gig atau festival muzik. Atau secara ringkasnya, demo ini selalu di temui di pasaran underground scene. Tidak dinafikan, sesebuah demo mampu mendapat jualan 50-100 keping. Bergantung kepada artis mahupun sesebuah band itu sendiri mempromosikan demo masing masing.

Ada sesetengah artis terutamanya band band indie, mereka amat suka dengan bunyi bunyi yang raw (kurang edit). Feel sewaktu mereka bermain sesebuah lagu tersebut, akan jelas kedengaran di dalam rakaman tersebut. Mereka selesa dengan cara ini, sebagai expresi diri mereka dalam bermain muzik.

Jadi, kepada mereka yang baru nak berjinak jinak merakamkan lagu tu, anda boleh cuba cara ini sebagai permulaan. Lihat kemampuan kewangan anda untuk memiliki sesebuah lagu dalam bentuk digital & fizikal.

 

 

160total visits,2visits today

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Written by

Music Activist / Music Blogger